CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 23 March 2011

apa itu cinta??

Pada satu hari di sekolah,
Seorang murid bertanya pada gurunya
Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang
Kasih sayang
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang???macam mana jugak kasih sayang itu nak berkekalan???
Guru: ok, kamu ikut arahan saya. Kamu jalan atas rumput sambil pandang rumput depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan petik rumput PALING cantik dan bawak ke kelas.
Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tak ada sehelai rumput pun dengannya.
Cikgu bertanya kenapa  tak ada rumput yang dipilih??
Pelajar: tadi masa saya jalan, saya cari rumput yang paling cantik. Memang banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, jadi saya pun terus jalan ke depan tanpa toleh ke belakang lagi. Tapi sampai hujung tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada antara belakang tadi rumput paling cantik tapi sebab tak boleh toleh, jadi tak ada lah rumput yang saya petik.
Cikgu : ya, itulah jawapannya. Maknanya bila kita dah jumpa seseorang yang kita sayang, janganlah cari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang ada di depan kita sebaiknya. Jangan toleh belakang lagi sebab yang dah berlaku tetap dah berlaku. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang PALING CANTIK dan PALING BAIK……

Sunday 20 March 2011



Hadis Saidina Othman r.a: Diriwayatkan daripada Abu Anas r.a katanya: Bahawa Saidina Othman r.a telah mengajar cara berwuduk di Maqaid iaitu di kedai-kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Beliau bertanya: Mahukah kamu jika aku tunjukkan bagaimana cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk? Beliau kemudian berwuduk tiga-tiga kali.

 Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid bin Aa'sim al-Ansari r.a katanya: Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan 
dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk menceduk air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau menceduk air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau menceduk lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau menceduk lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk.







Friday 4 March 2011

kenapa aku begini???

org kata rindu tu tndanye syg..btl ke??
rndu pd ayh rndu pd mama..
rndu pd kwn2 lme..
tpii ap mksd lau rndu pd seseorg???
cnta??syg??bnci??kcwe??
ak rndu pd khdpn ak dlu..
rndu knangan at sek samtaj..
at sek.ren.sg limau..
n sek.agma.sg.limau..
kdpn skrg xsesernok sprti khdpn dulu..
kdpn skrg khdpn yg pnh dgn ksdhn,pngrbnan,kekecwaan,kesnyian,


senyum smua...1..2..3..clik!!
khdpn yg pnh dgn cbaran n dugaan..
makin ari makin mengkat usia..
mkin ari juga mkin dkat dgn kematian..
dnia smkin hanccur..
ari2 ad bncana,
ari2 ad pmbunhan
ari2 ad buang bayi,
dnia yg pnoh dgn org jahat..
bgaimna khdpn yg strusnye??
baik kah??
atau
sebaliknye???



rinduuunye pd dye..











kami bersama..
cun2 kn semuanye..??hehe..

Thursday 3 March 2011

jom ramai2 makan telor!!

Pakar nutrisi membuat hipotesis bahawa kandungan kolesterol yang tinggi di dalam telur akan meningkatkan paras kolesterol darah lalu menyebabkan risiko penyakit jantung. Hipotesis ini tidak pernah dibuktikan!! ia adalah mitos semata-mata. pengambilan telur terbukti tiada kaitan dengan peningkatan paras kolesterol. Mulai sekarang buang jauh-jauh tanggapan itu. Telur bukan memudaratkan malah menyihatkan! kajian dan penyelidikan sains membuktikan bahawa telur sebenarnya memberi banyak manfaat untuk kesihatan kita. Oleh itu, jangan takut makan telur. Telur bukan sahaja berkhasiat malah harga juga berpatutan malah dapat padat dengan nilai khasiat.




Medical Science Monitor melaporkan, makan sebiji atau lebih telur TIDAK meningkatkan risiko penyakit jantung atau strok di kalangan orang dewasa yang sihat. Malah, makan telur dikaitkan pula dengan penurunan tekanan darah.
Dalam tahun 2007 para penyelidik mendapati, pengambilan telur menyumbang kepada penurunan satu peratus risiko penyakit jantung dengan mengambil kira faktor-faktor risiko lain. para penyelidik merumuskan bahawa masyarakat telah dukaburi dengan maklumat salah tentang telur.

Berapa biji telur yang boleh dimakan???
biarpun telur menyihatkan tetapi telur perlu dimakan dalam jumlah yang berpada. cukup kita ambil dua biji sehari atau beberapa biji telur dalam seminggu itu sudah mencukupi bagi orang  yang sihat.

Bukan itu sahaja, penyelidikan mereka menunjukkan tiada kaitan antara pengambilan telur dengan risiko penyakit jantung , sebaliknya telur merupakan sumber choline yang baik. Choline memainkan peranan penting dalam menghuraikan homocysteine sejenis asid amino dalam darah yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
Sebiji telur mengandungi 13 vitamin dan mineral penting dengan hanya 70 kalori. Harganya tidaklah semahal makanan yang lain. Telur juga mengandungu lemak tidak tepu  yang sihat.Selain itu, lutein dan zeazanth iaitu dua jenis antioksidan yang menyihatkan mata juga terdapat dalam telur.

Telur khas : seperti telur pasteur, telur organik atau yang diperkaya seperti telur omega-3 sememangnya lebih baik tetapi harganya juga tentulah lebih tinggi.

Hati-hati membeli................
Jika anda penggemar martabak, roti telur, benjo, roti jon dan seumpamanya pastikan telur yang digunakan penjual makanan yang bersih. Jika anda nampak telurnya masih di dalam 'sarang' ,elakkan daripada membeli. Kemungkinan besar telur yang digunakan penjual tidak basuh dan barangkali bakteria salmonella 'menumpang' pada telur itu adalah tinggi. Pastikan apa yang masuk ke mulut kita bukan sahaja halal tetapi toyibban (halal,baik lagi suci) :))