CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 3 March 2011

jom ramai2 makan telor!!

Pakar nutrisi membuat hipotesis bahawa kandungan kolesterol yang tinggi di dalam telur akan meningkatkan paras kolesterol darah lalu menyebabkan risiko penyakit jantung. Hipotesis ini tidak pernah dibuktikan!! ia adalah mitos semata-mata. pengambilan telur terbukti tiada kaitan dengan peningkatan paras kolesterol. Mulai sekarang buang jauh-jauh tanggapan itu. Telur bukan memudaratkan malah menyihatkan! kajian dan penyelidikan sains membuktikan bahawa telur sebenarnya memberi banyak manfaat untuk kesihatan kita. Oleh itu, jangan takut makan telur. Telur bukan sahaja berkhasiat malah harga juga berpatutan malah dapat padat dengan nilai khasiat.




Medical Science Monitor melaporkan, makan sebiji atau lebih telur TIDAK meningkatkan risiko penyakit jantung atau strok di kalangan orang dewasa yang sihat. Malah, makan telur dikaitkan pula dengan penurunan tekanan darah.
Dalam tahun 2007 para penyelidik mendapati, pengambilan telur menyumbang kepada penurunan satu peratus risiko penyakit jantung dengan mengambil kira faktor-faktor risiko lain. para penyelidik merumuskan bahawa masyarakat telah dukaburi dengan maklumat salah tentang telur.

Berapa biji telur yang boleh dimakan???
biarpun telur menyihatkan tetapi telur perlu dimakan dalam jumlah yang berpada. cukup kita ambil dua biji sehari atau beberapa biji telur dalam seminggu itu sudah mencukupi bagi orang  yang sihat.

Bukan itu sahaja, penyelidikan mereka menunjukkan tiada kaitan antara pengambilan telur dengan risiko penyakit jantung , sebaliknya telur merupakan sumber choline yang baik. Choline memainkan peranan penting dalam menghuraikan homocysteine sejenis asid amino dalam darah yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
Sebiji telur mengandungi 13 vitamin dan mineral penting dengan hanya 70 kalori. Harganya tidaklah semahal makanan yang lain. Telur juga mengandungu lemak tidak tepu  yang sihat.Selain itu, lutein dan zeazanth iaitu dua jenis antioksidan yang menyihatkan mata juga terdapat dalam telur.

Telur khas : seperti telur pasteur, telur organik atau yang diperkaya seperti telur omega-3 sememangnya lebih baik tetapi harganya juga tentulah lebih tinggi.

Hati-hati membeli................
Jika anda penggemar martabak, roti telur, benjo, roti jon dan seumpamanya pastikan telur yang digunakan penjual makanan yang bersih. Jika anda nampak telurnya masih di dalam 'sarang' ,elakkan daripada membeli. Kemungkinan besar telur yang digunakan penjual tidak basuh dan barangkali bakteria salmonella 'menumpang' pada telur itu adalah tinggi. Pastikan apa yang masuk ke mulut kita bukan sahaja halal tetapi toyibban (halal,baik lagi suci) :))

0 ulasan:

Post a Comment