CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 20 March 2011



Hadis Saidina Othman r.a: Diriwayatkan daripada Abu Anas r.a katanya: Bahawa Saidina Othman r.a telah mengajar cara berwuduk di Maqaid iaitu di kedai-kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Beliau bertanya: Mahukah kamu jika aku tunjukkan bagaimana cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk? Beliau kemudian berwuduk tiga-tiga kali.

 Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid bin Aa'sim al-Ansari r.a katanya: Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan 
dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk menceduk air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau menceduk air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau menceduk lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau menceduk lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk.







0 ulasan:

Post a Comment